Sunday, June 27, 2010

Betapa beruntungnya aku....


Baru-baru ni aku diberi rezeki untuk mengunjungi satu pulau yang jauh dan tak pernah pun aku lawati sebelum ni.... tempat peranginan.... biasalah macam-macam ragam manusia aku jumpa. tapi yang benar-benar menyentuh hati dan membuatkan aku terfikir sejenak adalah betapa beruntungnya aku diberi pelbagai bentuk rezeki dan anugerah oleh Tuhan. Kadang aku rasa aku sesak kesempitan duit, rasa sepi, sedih terpinggir tapi apa yang aku saksikan di sana membuatkan aku insaf dan sedar betapa ramai lagi yang lebih sedih dan susah dari aku. Hanya dengan sebungkus makanan ringan 2 orang tua bergaduh, berpuluh-puluh anak datang menagih makanan ringan yang dibawa.. itu baru makanan ringan yang bagi kita cukup banyak dan bosan dah pon kita nak makan. tapi bagi mereka.... itu rahmat rezeki... itu baru aku tengok di sini tak tengok lagi di Palestin yang menunggu makanan dan lari dari letupan bom dan tembakan senapang... hmm.... sesungguhnya beruntung sebenarnya aku ni....

Resah

Hmmm... betul kan orang kata kita ni makin lama akan makin terasa betapa kita memerlukan sesorang di sisi. semakin lama semakin sunyi... semakin lemah dan semakin kita memerlukan seseorang untuk kita meluahkan mungkin bercerita apa yang berlaku hari tu... bukan aku kata kawan tak memainkan peranan tapi kena la pk sie pon ade family, yang mana masa banyak dihabiskan untuk familinya... kena paham beb... entahlah makin hari aku makin muram dan makin tak bermaya...