Wednesday, January 26, 2011

Sahabat....

"Sahabat... untuk selamanya...."
Berkumandanglah lagu tu dicorong lorong radio....
Tetiba terasa bestnya lagu ni....

2-3 minggu ni Cik Melah asyik sakit je manjang....
Sampai la satu ketika kawan-kawan Cik Melah cakap...
"Ko kena makan supplement ni Melah..."
"hmm ye la aku beli la Shaklee pasni"

Pastu tetiba .... "Trutttt...Truuutttt.."
Ecehh.... klasik sungguh bunyi hp Cik Melah..
"Melah... iz nak tanye ni.... ade dengar cerita Mamat tak?"
"Takde plak iz.. nape?? Lame dah Melah tak contact Mamat..."
"Mamat hilang ni.... dah berapa hari iz try contact...tak dapat-dapat"

Berderau jantung Cik Melah...
"Takpe nanti Melah try contact"...
Tanpa belengah Cik Melah terus mendail number Mamat...
"The number that u have dial is currently not available..."
Personal Assistant Mamat plak yang tolong jawab...

Setiap jam... Cik Melah mendail...
Makin lama.... hati makin resah....
Mamat dah macam keluarga sendiri....
Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin........
Tak dapat dihubungi.....
Sampai tekeluar air mata Cik Melah call....
Risau, Stress, Tak tahu nak fikir apa... sume becampur-campur....

Selasa.... Tiba-tiba..... Cik Melah cuba lagi mendail dan....call ringing....
"Isk tak berangkat pulakk....".getus hati kecil Cik Melah
Namun sedikit reda.... Alhamdulillah desis hati kecil Cik Melah....
Walaupun deringan masih belum ada jawapannya

Rabu.... pepagi lagi Cik Melah dapat pesanan ringkas...
"Maafkan sy sebab tak jawap panggilan awak semalam... Jangan risaukan sy.."
"Saya bukannya sesiapa pada awak. jadi jangan risaukan sy.."
Tersentuh dan terlukanya la hati Cik Melah...
Penat je risau... Leh plak mamat cakap camtu...

Cik Melah call mamat...dan akhirnya berjawab
"Mat, g mana?? tahu tak semua orang risau.."
"Melah nak risau kenapa... kita bukannya ada hubungan.. saya bukan sesiapa"
"Mat, awak tu dah macam keluarga saya... kawan saya, sahabat baik saya."
"Tak perlulah awak nak risaukan saya"....

Tersentuh hati Cik Melah...
Menjerit hati Cik Melah.....
"Mat, ko tak tahu ape erti sahabat.... dan ko tak tahu macam mana erti sahabat dalam hidup aku"
getus hati kecil Cik Melah....


nota hujung rambut:
Pengertian sahabat bagi kita berbeza.... cuma.... entahlah huhuhu sian Cik Melah... sabar eeh Cik Melah...

No comments:

Post a Comment