Sunday, February 16, 2014

Perjalanan Ini.....

Suatu permulaan....
Kepada suatu kehidupan yang baru...
Tanggal 4 Januari 2013..
Bermula kisah hidup bersama...
Melalui liku-liku kehidupan bersama...
Seorang Suami...

Sepanjang tempoh setahun...
Pelbagai rintangan, halangan ditempuh...
Dalam mencari nikmat perkahwinan...
Mencari apa erti kebahagiaan perkahwinan...
Alhamdulillah....dipermudah oleh-Nya...

Setiap minggu menunggu... dan menunggu...
Air mata berguguran menanti... 
Air mata peneman... tatkala mendengar berita gembira insan lain...
Namun hati percaya ketentuan Allah yang Esa...

Jun 2013....
Merupakan bulan yang ditarik pelbagai nikmat oleh Allah...
Namun hati tetap percaya... 
Pasti ada sesuatu yang dijanjikan....
Insya Allah....

Tanggal 2 Ogos 2013...
Merubah segalanya...
Rezeki Allah yang tak ternilai diberi
Alhamdulillah disahkan mengandung 6 minggu...
Perjalanan baru bermula lagi...

Selama 9 bulan mengharungi...
Pelbagai rintangan, halangan, dugaan...
Dari semua segi...
Mental, Emosi, Fizikal dan kekuatan...
Dalam mencari kekuatan...
Untuk bergelar seorang ibu...

Kini....
Perjalanan yang dilalui semakin hampir penghujungnya...
Buat sebuah cerita...
Namun masih belum berakhir bagi episod yang lain...
Kerana itulah kehidupan...
Yang penuh warna warni..
Yang perlu dicorakkan..
Yang perlu dilalui....
Sama ada kita suka...
Atau tidak...
Cuma...
Sebagai hamba...
Bersangka baik pada ketentuan-Nya adalah perlu...
Kerana Janji Allah itu pasti...
Cuma lambat, cepat, masa yang menentukan...

Semoga... perjalanan yang dilalui... memberi 1001 pengajaran dan iktibar..
Agar diri sentiasa percaya bahawa Allah sentiasa ada...
Hidup ini indah.... cuma berbeza dari mana pandangan yang kita lihat...
Insya Allah

No comments:

Post a Comment