Tuesday, July 20, 2010

Cinta dan Tanggungjawab

Bila kita bercakap tentang cinta....ungkapan cinta biasanya diungkapkan dengan nada perasaan gembira, bahagia dan penuh emosi... tapi ada juga di kalangan kita mengungkap cinta sebagai satu kesedihan dan kelukaan...

Cinta bagi aku adalah anugerah yang tak ternilai cuma cara kita sebagai individu untuk menghargainya... Cinta yang aku maksudkan bukan hanya cinta antara kekasih namun cinta pada ibu bapa, kawan-kawan dan cinta pada apa sahaja yang kita rasa berhak memperoleh cinta tersebut.... kadang-kala aku terfikir... antara cinta dan tanggungjawab... cinta pada kekasih, suami, isteri dan tanggungjawab terhadap ibu bapa, anak-anak, kerja dan sebagainya...

pernah aku terdengar ungkapan... kalau aku dah kawen sek sok aku tak yah dah bagi belanja kat mak ayah aku sebab kena minta izin suami dulu, syurga aku dah berada di bawah tapak kaki suami.... terpinga dan terkesima aku mendengarnya... memang tak dinafikan syurga isteri di bawah tapak kaki suaminya... tapi pernahkan kita terfikir betapa dalamnya cinta dan kasih ibu bapa terhadap anak-anaknya? sanggup berhujan berpanas mencari rezeki untuk diberi pada anak-anak.... ada pulak yang nyampuk... itukan tanggungjawab dorang... hmmm pandai pulak cerita tanggungjawab ibu bapa pada anak-anak... tanggungjawab anak terhadap ibu bapa cam mana pulak???

kadang-kala bila aku teringat kisah lama... teringat dan terkenang kembali sebaris ayat dari seorang lelaki yang masih belum bergelar suami ... "yang nak kawen sapa? abah ke kita??? "... seperti itukah ayah aku yang aku sayang dihormati oleh bakal menantunya? aku terfikir kembali... pernah terkeluar sebaris ayat yang cukup bermakna buat aku sebagai seorang anak... " jangan la kawen dulu... abah besarkan dari kecik sampai besar... bagi la abah rasa hasil benih yang abah semai dan jaga dari kecik sampai besar... " Tuhan saja yang tahu macam mana hati pada waktu tu....

orang tanya aku... bila nak kawen?? aku jawab belum sampai jodoh... jodoh takkan datang kalau tak cari... jangan memilih.... pabila aku terdengar ayat tu aku terus berfikir.... lelaki macam mana sebenarnya aku nak?? sayang aku ke? banyak duit ke? handsome ker?? jawapan yang paling aku pasti adalah... terima aku dan keluarga ku seadanya... kawen bukan setakat dengan aku tapi sekali ngan family aku... dan hopefully Tuhan makbulkan doa aku... amin...

No comments:

Post a Comment