Tuesday, July 20, 2010

Kuasa Maggie

Pernah tak korang sume makan maggie... Mustahil la kalau kata tak pernah... dari kecil sampai besar, biar la jenama mamee ke cintan ke bila instant noodle je mesti nama dia bertukar menjadi maggie...dulu 40 sen sekarang naik baru 60 - 90 sen sebungkus... masih lagi tak sampai RM1.

Actually apa yang nak dikongsi ni bukan la penting cuma.... kuasa dan penangan maggie terhadap kita... Last nite, terlalu lapar sampai dalam kepala tak boleh nak fikir dah nak makan apa... Maggie je yang terbayang... Dengan pantas dan ligat maggie yang sedap dan cepat dimasak mula dimasak bersama telur... Lepas je makan suddenly... kepala rasa macam di awang-awangan... Oh My God... what happen... bila diceritakan kepada Pak Man, apa lagi... cuba la makan makanan berkhasiat sikit.... sampai ke saat ini kepala berdenyut menandakan tamatnya era untuk aku makan maggie..

kalau dulu la time belajar... 3 kali sehari maggie... sikit-sikit maggie... orang kata maggie tak bagus tak elok... mana nak percaya.. Actually maggie dah jadi sebahagian daripada komuniti pelajar di Malaysia. Expecially lepas sebulan biasiswa atau PTPTN masuk... maggie la tempat mengadu dan tempat menumpang kasih sayang agar perut berisi... Tapi pernah tak kita terfikir kenapa maggie jadi budaya... aku pon tak leh fikir juga sapa yang memula bawa budaya ni... Kalau tanya student of course the answer must be "Murah Cik senang plak tu nak masak".... Aku dulu pun camtu gak... but when we grow up and become older... akan terasa sedikit perubahan la pabila makan maggie ni... mungkin ada yang tak setuju but this is my opinion. coz rite now i feel the effect...

Walau bagaimanapun teruk dan tak eloknya maggie tu... dia tetap menjadi pujaan hati tatkala hujung bulan dan saat - saat perut berbunyi meronta-ronta di minta isi... so salah sapa?? tepuk la dada tanya lah hati... huhu

No comments:

Post a Comment