Wednesday, July 28, 2010

Keperitan Menanggung....

Pagi tadi aku terima satu berita kematian seorang pak cik yang tak lah lama baru saja aku kenali... Mungkin 3-4 bulan aku kenal dia... Baik orangnya, macam abah perilakunya... Namun disebalik senyuman itu terpalit sedikit kesedihan yang tak mungkin orang lain fahami... Sering kali meniti di bibir arwah, "Kita tak kacau orang pun, tak bermaksud kita selamat dari hasad dengki orang"..


Pada ketika aku melawatnye di Kedah 2-3 bulan yang lepas kakinya bengkak seolah-olah kaki gajah... Usahkan berjalan duduk pun sakit... Bila ke hospital doktor mengesahkan kakinya tiada masalah... Namun kaki semakin lama semakin membengkak... Air bisa keluar setiap saat dari luka-luka yang ada di kakinya... Kalaulah mata ni mampu berkata-kata... mungkin meminta aku untuk berlalu dari situ...

Alhamdulillah dengan izin-Nya, kaki semakin surut apabila beliau cuba menggunakan ubat kampung... Semakin hari semakin surut... pada ketika aku melawatnya sekali lagi di Puchong, jelas kelihatan senyuman di raut wajahnya... Ye la, dah boleh berjalan apatah lagi mengerjakan rukun Iman dengan lebih baik... Seketika aku menegur..."Uncle makan banyak ke? Perut macam naik semacammm je" lantas beliau menjawab, " Tak lah tak boleh makan banyak pun sejak kaki surut, perut pulak naik. sakit sikit-sikit". Masya Allah... bertalu-tau dugaan beliau, kaki belum pun surut sepenuhnya...ni pulak perut...

Semakin hari semakin teruk keadaan perut arwah, dan menurut beliau kemaluannya membengkak sebesar buah kelapa (maaf jika ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, cuma gambaran penulis)..puas berubat sana sini... tiada jalan penyelesaian... ke hospital, doktor sahkan tiada apa-apa yang berlaku... dan akhirnya subuh tadi beliau mengehembuskan nafasnya yang terakhir di samping isteri dan anak-anak...

Ini bukan kali pertama aku menghadapi berita sebegini, dan setiap kali aku mendengar atau melihat keadaan seperti ini timbul pelbagai-bagai persoalan di fikiran... Macam mana wujudnya seorang manusia yang sebegitu kejam... menganiaya orang lain sebegitu rupa... mungkin dari segi saintifik kita tidak dapat membuktikannya namun... entah la... sayu hati... berat mata kita memandang berat lagi bahu beliau yang menanggung...

kadang-kadang kita lupa bahawa dosa kita dengan Tuhan kita boleh minta ampun pada-Nya namun dosa kita dengan manusia?? selagi tidak diampunkan dan dimaafkan selagi itu lah kita menanggungnya... Doa orang teraniaya sesungguhnya mustajab dan setiap perbuatan kita pasti ada balasannya... Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, Amin. Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al- Fatihah..

No comments:

Post a Comment